Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Tuesday, February 23, 2016

Pemenang Peraduan Giant dengan Lux

Hadiah saguhati sempena Peraduan Giant dengan Lux. Harapan agak tipis nak join contest ni sebab tak yakin boleh menang. Slogan berikan 8 langkah ke majlis tu agak mengelirukan. Bagi aku yang jarang join event, rasa ragu betul nak jawab. Apa pun terpilih sebagai pemenang saguhati lebih bermakna. Sebab memang dah lama berangan nak buat spec. Atau tidak pun mungkin bagi kat suami je voucher tu, bingkai dan senget-benget hihi...

Monday, February 22, 2016

Kemenangan pertama ALIYA DAMIA sebagai personal comper!

Dah lama tak update blog. Tengok senarai follower pun makin berkurangan hihi.... Faham saja, bukan blogger popular. Tapi berita kemenangan ini, tidak boleh tidak. Mesti diwartakan sebagai kenangan. Inilah percubaan pertama Damia sebagai personal comper. Dan membuahkan hasil tidak disangka-sangka!. Syukur alhamdulillah... Allah membuka pintu rezeki dan kemudahan buat anakanda Damia. Semoga ia menjadi pencetus minat dan dorongan untuk Mia terus menceburkan diri dalam dunia comping dan mengasah bakat melukisnya. Amin...

Sabtu lalu, Damia menyertai pertandingan Melukis & Mewarna Wilayah Persekutuan 2016. Jika diikutkan tak larat, memang rasa tak mau pergi walaupun lokasi pertandingan sekangkang kera je dari rumah, PICC. Kami pun dah lewat 1 jam dari masa pendaftaran sebenar. Tapi dek kerana instinct kuat, aku gagahkan diri juga ajak Mia ke sana. Tengok mood Damia yang ceria memudahkan urusan di sana. 


Sesampai saja, rasa nak terduduk tengok segerombolan pelajar-pelajar dati merata sekolah. Lebih 7000 peserta menyertai peraduan ni. Bila nampak chinese student siap bawa pelet color, sah, mesti dia guna water color. Rasa dah give up kat situ. Tapi aku pesan kat Damia. Mia, kalau dapat saguhati  takpa, sebab Mia saing dengan budak-budak besar. Kalau kalah pun takpe, yang penting Mia amik pengalaman (ni)." Mia diamkan je. Ngikut je langkah aku ke mana-mana. Setiap sudut dipenuhi pelajar dan ibu bapa. Ruangan kaki lima pun jadi tempat berlabuh mereka melukis dan mewarna. Damia terpaksa dimasukkan di dalam kategori kedua memandangkan tahun ni Damia dah darjah dua walaupun sebenarnya birthday Mia bulan 3 nanti. Peluang lebih cerah aku fikir kalau join kategori pertama sebab tak ramai pesaing. Dari umur 7 tahun ke bawah. Tapi rasa macam menipu pula. Jadi aku kata pada Damia, "takpe, buat je."

Suasana selepas pertandingan. Para ibu bapa dan pelajar mula berhimpun di dalam dewan untuk pengumuman kehadiran para VIP dan pemenang pertandingan. Kami cari sudut di ceruk-ceruk agar tak terganggu dek hiruk pikuk. Damia asyiklah bermain dengan rakan sekelasnya, Syamim. Sedang duduk-duduk mendengarkan ucapan Ku Nan, tiba-tiba dapat call. 

"Puan ibu kepada Aliya Damia ke?"
"Ya, saya"
"Ada di dalam dewan ke?" (barangkali terdengar bunyi suara latar dalam dewan).
"Ya dalam dewan."
"Okay Puan, pastikan Puan bersama anak ye"
"Eh, good news ke ni? heheh... "(tanya aku teragak-agak)
"Ye, good news hihi.."

Pastu aku cakap kat suami, Mia menang! Myb dapat saguhati (mata dah bersinar-sinar). Suami kata, myb top 3. Aku sangkal, macam susah je nak dapat Top3. Saguhati tu, tegas aku. Tapi terfikir pulak, ada betulnya cakap suami. Takkan dia nak panggil semua 100 pemenang saguhati naik stage kan? Up harapan pada tempat ke-3 walaupun hati kuat mengatakan dapat saguhati je (tak nak berharap lebih, nanti kecewa).

Mula-mula MC announce pemenang-pemenang peserta teramai dari sekolah-sekolah. Bila masuk kategori melukis individu. Nama pemenang tempat ketiga diumumkan dulu. Student chinese sekolah rendah. Kami tengok hasil karyanya, saling memandang dengan suami. Eh, takkanlah... Belum habis kaget, tiba-tiba nama Damia diumumkan! Alhamdulillah... waktu Damia naik stage ramai yang bersorak! Mungkin tak sangka budak sekolah rendah yang menang. Mungkin gembira ada wakil melayu yang menang. Mana-mana pun aku rasa terharu sangat dah. 

Inilah barisan pemenangnya: dari kategori 1 (7tahun ke bawah), kategori 2: Individu - 8 hingga 17 tahun dan penyertaan paling ramai (sekolah). Sijil damia asyik terbalik saja... Tempat pertama dimenangi oleh pelajar chinese sekolah menengah. Rendang-rendang saja pemenang lainnya haha...

Inilah hadiah yang dimenangi oleh Damia. Sijil penyertaan, sijil pencapaian, medal pertandingan, cash RM3000 dan tiket Fantasy Rain Forest untuk 4 orang. Alhamdulillah....

Sijil Pencapaian: Pemenang Tempat Kedua Pertandingan Melukis & Mewarna Wilayah Persekutuan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2016. 20 februari 2016 di PICC.


Damia usung sendiri mock chequenya. Ayahnya takut terkena paper cut, tapi Mia degil nak angkut juga. Mana-mana tempat yang dirasanya besh, dia berhenti minta bergambar.

Dalam ucapan Ku Nan, pertandingan ini akan menjadi acara tahunan kerana sambutan yang begitu menggalakkan! Alhamdulillah... Tahun pertama menyaksikan anak sendiri sebagai naib juara kategori individu. Jujur aku tak taruh harapan tinggi di sini. Tapi kemenangan ini membuktikan. Usaha, doa  dan tawakal kunci rezeki walau siapa dan berapa umur comper itu.

Semoga kemenangan ini menjadi pencetus minat pada Damia menceburkan diri dalam dunia contest macam mommy. Bangga mommy dengan Damia. Sehingga entry ini ditaip, rasa tak percaya masih berbaki di hati.

Sebagai reward kepada Damia, mommy belanja lukisan karikatur dari artis yang bertugas. Kipidap Aliya Damia!

******************

Mengimbas kisah hidup mommy sebagai 1st comper. Sebaya dengan Damia juga, masa darjah 2. Mommy dapat nombor 1, hadiahnya sebuah bekas air warna pink siap ada straw kat dalam. Zaman 80-an dulu, bekas air berharga rm8.90 kira dah mahal sangat dah. 26 tahun kemudian, anak pula mengembalikan nostalgia, tapi dengan value berlipat ganda berbeza. Tahniah Aliya Damia!