Nuffnang

Followers

Wednesday, April 15, 2015

Señora española



Señora espanola bermaksud Spanish Lady/ wanita Sepanyol. Dah lama sangat-sangat tak buat lukisan manual. Lukis dengan tangan. Sekali bila mula, mak aih. Gigil tangan. Rasa sengal lengan. Pastu semua skill ke laut. Nak siapkan sekeping je drawing A4 sampai 2 minggu! Masakan tidak, waktu malam dan cuti hari minggu je boleh betul-betul fokus buat drawing ni. 

Kalau letih seharian kat pejabat, alamatnya kena peram lagi artwork ni. Terasa diri tak macam masa muda-muda dulu. Boleh lagi tu sengkang mata sampai 3, 4 pagi pastu pergi kerja. Pastu sambung lagi buat drawing sampai dinihari. Dan begitulah selanjutnya. Sekarang? Hm.... Ada sehari dua tu stay up juga sampai 2, 3 pagi. Tapi masuk pejabat esok harinya, pancit! Buat drawing logo pun nampak dabel deker. Kurang fokus. Kalau tak kerana kerja menimbun memang nak tarik je bantal, toto pastu zzZZZzzz... Tak terfokuskan. Ada tak ada pun lelapkan mata jugaklah barang 10-15 minit. Pastu sambung kerja semula. Letih noks~

Ini hanya secebis dari ruangan A4 lukisan. Contest lukisan bertemakan Spain. Alhamdulillah dah siap. Cuma rasa boleh buat lebih baik lagi. Rasa cincai benar sebab tak dapat nak straight fokus pada drawing ni. 

PS: Dah lama oi tak join contest. POP dah ada, tapi nak isi form macam takde-takde masa. Contest ni kadang tu dapatlah pulangan besh. Ada tu effort tinggi tapi hadiah ciput je. Sebab tu jangan pikir join contest sah menang, sah kaya. Contest ni cuma hobi dan pendapatan sampingan hakak je. So toksahlah kamu-kamu bersangka buruk bahawasanya hakak asyik join contest 24jam. Curi-curi masa je nak urus contest ni tau. 

Apa pun doakan la hakak menang contest ni ye, amin...

No comments: